Cara Daftar Lesen CIDB (Kontraktor)

Lesen CIDB

Pengenalan

Cara daftar lesen CIDB adalah seperti  berikut. Tapi sebelum itu mari kita kenali apa itu lesen CIDB? Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif. Sekiranya anda belum berdaftar sebagai kontraktor CIDB, anda boleh rujuk cara daftar lesen CIDB (kontraktor) seperti di bawah:

Daftar Lesen CIDB (Kontraktor)

Langkah 1 : Layari iKontraktor

Layari laman web iKontraktor dan klik pada butang “Mohon Sekarang”

Lesen CIDB

 

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Kemudian, pilih jenis permohonan. Untuk kontraktor yang baru ingin mendaftarkan syarikat dengan CIDB, klik pada butang “Pendaftaran Baharu” dan “Mohon Sekarang“.

Jenis Permohonan

Langkah 3 : Isi borang permohonan

Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat” dan  “Hantar Permohonan”. Pihak LesenKontraktor akan menghubungi anda dalam masa 24 jam bagi mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen CIDB syarikat anda.

Borang permohonan lesen CIDB

Rumusan Cara Daftar Lesen CIDB

Mudah bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada talian 0183734800. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di iKONTRAKTOR atau anda boleh whatsapp kami untuk respon yang lebih pantas.

Sekian, terima kasih.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Artikel Berkaitan

Renew CIDB

Cara Renew Lesen CIDB

Pengenalan Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini

Scroll to Top